Blog

Your blog category

MITEC and ABS Greentech plant seed for inaugural smart farming conference

Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), in line with the Centre’s ongoing Environmental, Social and Corporate (ESG) effort to tackle food security and mitigate environmental challenges, will be hosting the first annual Asia Smart Farming (ASF) Conference and Exhibition 2023. The event will be held at MITEC from October 3-6, 2023, and MY Events and ABS Greentech will be event partners. In its recent hosting of Diplomatic Representatives for the event, MITEC reaffirmed its commitment to reducing environmental impact and attaining the Sustainable Development Goals (SDG) with the #myWorld Programme, which has been in effect since 2018. From left: Events International’s Hema Kandy; Big Orange Super Tech Group’s Veronica Tang; PGSB’s Abdul Rahman Mamat; MITEC’s Mala Dorasamy; and ABS Greentech’s R.M Ravichandrar S Ratnam The partnership between MITEC and relevant stakeholders aims to the bridge gap in achieving SDG 2, End Hunger by ensuring food security and promoting sustainable agriculture through smart farming practices. MITEC’s CEO, Mala Dorasamy, said: “The MoU signed with ABS Greentech and MITEC in March sets forth as the joint support to accelerate the growth of this initiative to improve the carbon footprint in the industry. There has been escalating global utilisation of pesticides and fertilisers, which has negative effects on the ecosystem components. This highlights the urgent need for sustainable and environmentally conscious practices of smart farming.” The negative impacts of pesticide-reliant agriculture have become more apparent when the use of chemicals in agriculture is increasing twice as fast as food production. According to Food and Agriculture Organization statistics, the value of pesticide imports has increased by almost 300 per cent. R M Ravichandar S Ratnam, group CEO of ABS Greentech said: “In today’s world, ecological-based farming can offer a long-term answer for producing sufficient food for the country that is of a high quality and both safe for humans and the environment. Therefore, our primary goal is to promote the adoption of an innovative holistic Integrated Pest Management (IPM) approach as an alternative method for local farmers to reduce their reliance on pesticides”. ABS Greentech, in collaboration with the Department of Agriculture and other private organisations, has been implementing the new holistic IPM and integrating new technologies to cultivate pesticide-free vegetables in the tropical lowlands of Malaysia. The revolutionary No-Self AND (As Nature Does) and microalgae biofertilisers are examples of the latest ecologically-based technologies that will be promoted and implemented in Malaysia. The Centre is committed to its ESG efforts to assist in promoting a strategic partnership with ABS Greentech to highlight the potential of sustainable farming practices and demonstrate the significance of global cooperation in advancing agricultural innovation to address food security and mitigate environmental challenges.

MITEC and ABS Greentech plant seed for inaugural smart farming conference Read More »

ASIA SMART FARMING & FOOD SECURITY 2023 (ASF ‘23) TO TRANSFORM MALAYSIA’S AGRICULTURAL SECTOR WITH MORE TECHNOLOGY

The Asia Smart Farming & Food Security 2023 (ASF ‘23) officially commenced at the Malaysia International Trade and Exhibition Center (MITEC) last week from 3October to 5 October 2023 in Kuala Lumpur. The event, endorsed by the Ministry of Plantation and Commodities and supported by the Ministry of Agriculture and Food Security embodied a united commitment to shaping the future of the agricultural landscape.  Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, Pro-Chancellor University Putra Malaysia officiated the ceremony, sharing that ASF ‘23 was an event that promises to transform our agricultural sector into a technologically advanced and sustainable powerhouse.  Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Organizing Chairman of ASF ‘23 said, “We are thrilled to officiate ASF’23, an event that signifies a pivotal moment in the evolution of smart farming. It is a testament to our commitment to foster innovation and sustainable practices in agriculture.” “As we explore the exciting developments at ASF 2023, let’s keep in mind the profound connection between NoSelf and agriculture. Let’s imagine a world where our farming practices are guided by a sense of interconnectedness and responsibility. It’s a vision worth pursuing, and together, we can make it a reality,” Mr. Bram Koppert,  Managing Director of NoSelf Asia added.  ASF’23 celebrated its partnerships with Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) & NAFAS as the Official Exclusive Farmers Partner, PS Food & Beverage Sdn Bhd as the Official Health Beverage Partner, and MDEC as the Official Digital Partner. Aerodyne supported the event as the Official Drone Partner, while Powerplants and PRIVA served as the Official Smart Farming Technology Partners, and MTDC as the Official Technology Partner.  The event also welcomed support from Bronze Partners including PWD Smart Farmability, MIDF, Jiffy, and Picasynergy. Strategic alliances were established with Jabatan Pertanian Selangor and MAXIS, with support from Lentiz Education Group as the Strategic Supporter. IKIM and UrBRIDGE Malaysia Sdn Bhd proudly served as the Official Media Partner and Official Multimedia Partner.

ASIA SMART FARMING & FOOD SECURITY 2023 (ASF ‘23) TO TRANSFORM MALAYSIA’S AGRICULTURAL SECTOR WITH MORE TECHNOLOGY Read More »

Lima Syarikat Jalin Kolaborasi Tingkat Kualiti Hasil Pertanian

KUALA LUMPUR : Kolaborasi lima buah syarikat dalam pembinaan satu model farm low land (tanah rendah) berserta Pusat Latihan (Incubator-Center) yang pertama di Malaysia diyakini mampu meningkatan kualiti hasil pertanian. Selain itu ia juga diyakini mampu mengurangkan penggunaan racun sintetik yang berlebihan dan membuka lebih banyak peluang pasaran dalam dan luar negara. Pembinaan itu turut dicadangkan di Projek Pertanian Moden Kluang Johor dan kolaborasi itu turut dimeterai pada Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara ABS Greentech Sdn. Bhd., Lentiz Education Group, Priva Horticulture B.V., Powerplants Australia Pty Ltd. dan Rijk Zwaan. Model Farm ini akan digunakan untuk menjalankan aktiviti pertanian moden dan latihan yang berasaskan penggunaan kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM).   IPM juga merupakan salah satu kriteria dalam pensijilan amalan pertanian baik (myGAP) untuk menjamin kualiti dan keselamatan produk pertanian yang dihasilkan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Majlis Penandatanganan MoU itu merupakan antara usaha berterusan MAFI dalam penambahbaikan program pengurusan perosak tanaman yang merupakan salah satu fokus utama MAFI. Katanya, ianya juga dapat memastikan pengeluaran produk tanaman negara memenuhi visi keselamatan makanan dan sekuriti makanan seperti yang dihasratkan dalam Dasar Agromakanan Negara, 2021-2030 (DAN 2.0). “Melalui kerjasama ini, usahawan khususnya petani muda akan diberi latihan jangka pendek dalam pengurusan tanaman terutamanya melibatkan penggunaan teknologi terkini bagi aktiviti agronomi dan program pengurusan perosak yang lebih mesra alam, menjimatkan dan selamat untuk biodiversiti kita,” katanya. Berdasarkan kepada maklumat terkini daripada pihak Food and Agriculture Organization (FAO), perosak dan penyakit tanaman telah mengakibatkan kerugian ketara hasil tanaman makanan sebanyak 20 hingga 40 peratus dan turut mencatatkan kerugian dalam perdagangan produk pertanian dunia melebihi USD 220 bilion atau bersamaan dengan hampir RM 1 trilion setahun. Di Malaysia sendiri, pelbagai masalah serangan perosak dan penyakit invasif telah direkodkan saban tahun. Sejak lima tahun kebelakangan ini, tanaman di Malaysia telah diserang oleh pelbagai jenis perosak invasif antaranya Kumbang Merah Palma (Red palm weevil – RPW) pada tanaman kelapa, penyakit Hawar Bulir Bakteria (Bacterial panicle blight – BPB) pada tanaman padi dan yang terkini ulat ratus Fall Armyworm (FAW) pada tanaman jagung. Ketiga-tiga perosak ini telah menyebabkan kerugian hampir RM10 bilion kepada bukan sahaja hasil tanaman dan perdagangan, malah mengakibatkan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM5 juta untuk aktiviti kawalan dan pemusnahan haiwan perosak di seluruh negara dalam tempoh 5 tahun tersebut. Pada masa yang sama, perosak tanaman sedia ada seperti thrips, lalat buah, scale insects, mites dan leafminertelah memberi kesan ekonomik kepada tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan negara terutamanya kepada produk yang berpotensi tinggi untuk dieksport. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa memberikan sepenuh sokongan bagi inisiatif seumpama ini yang menjadi  bukti komitmen pihak industri dalam menyokong inisiatif kerajaan dalam melaksanakan pengurusan perosak secara mampan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

Lima Syarikat Jalin Kolaborasi Tingkat Kualiti Hasil Pertanian Read More »

ABS Greentech jalin kerjasama strategik tingkat sektor pertanian pintar dan keterjaminan makanan

Kuala Lumpur – Sebanyak 11 perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani antara ABS Greentech Sdn. Bhd. dengan beberapa pemain industri berkaitan dari luar negara bagi projek pembiayaan sektor pertanian pintar. Ketua Pengarah Eksekutif ABS Greentech Sdn Bhd, R M Ravichandar berkata, pembiayaan sebanyak RM550 Juta itu bagi meningkatkan teknik pertanian pintar dan menggalakkan keterjaminan makanan di Malaysia. “Persidangan selama 3 hari ini telah diisi dengan 25 mesyuarat bersama negara-negara luar bagi membincangkan apa yang diperlukan dalam sektor pertanian negara. “Di Malaysia, kita masih lagi ketinggalan dalam industri pertanian pintar berbanding negara lain, kita ada tanah dan bakat tetapi kita tiada teknologi yang tepat dan tidak tahu kemana harus dipasarkan. “Untuk bawa masuk teknologi yang terbaik sudah tentulah menggunakan IPM (Intergrated Pest Management) dan kos yang diperlukan juga tinggi, oleh itu dana sebanyak RM550 Juta dibawa masuk bagi membantu petani-petani kita” jelasnya dalam sidang media pada Asia Smart Farming and Food Security 2023 Event and Exhibition. Ujarnya lagi, penggunaan teknologi IPM sangat diperlukan pada masa kini dan Malaysia perlu selari dengan negara-negara luar yang terlebih dahulu menggunakannya. Setakat ini, negara kerugian hampir RM10 bilion dalam tempoh lima tahun ini berikutan serangan serangga perosak dan penyakit invasif ke atas bukan sahaja hasil tanaman malah perdagangan berkaitan. “Sektor pertanian pintar perlu diaplikasikan sekarang di Malaysia bagi memastikan kita setanding negara luar dan ini sangat perlu bagi membantu meningkatkan ekonomi para petani dan negara amnya. “Dari segi pengeksportan sayur-sayuran, kita perlu pastikan tiada penggunaan racun perosak tetapi negara kita masih lagi mengamalkannya dan ini menyebabkan ia sukar dibawa ke negara luar” jelasnya lagi. Dana yang dibawa masuk dari negara penyumbang terbesar antaranya; Arab Saudi, Dubai dan Korea Selatan itu bertujuan melatih para petani cara pertanian pintar menggunakan teknologi IPM dengan teknik sifar racun perosak dan bahan kimia. “Dana pelaburan yang dibawa masuk itu nanti boleh diuruskan melalui koperasi, konsortium atau SPV (Special Purpose Vehicle), seperti contoh Hadarat Global yang menyumbang 10 Juta USD menyatakan pembiayaan tidak perlu dibayar balik dalam tempoh 3 tahun pertama jika projek yang dijalankan menunjukkan prestasi positif. “MoU yang ditandatangani juga menyatakan jika sesebuah syarikat pertanian menunjukkan komitmen baik, pembiayaan yang dibuat juga berpotensi beralih kepada geran dan saya yakin ini satu peluang baik untuk para petani kita” tambahnya. Latihan memfokuskan kepada petani muda selama 6 bulan dan dana permulaan yang diperlukan untuk membina rumah hijau yang sofistikated seterusnya kearah pemasaran hasil tanaman menembusi pasaran global. Dalam persidangan tersebut, Pengarah Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi, Datin Zaeidah Mohamed Esa berkata, inisiatif pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) bagi sektor industri pertanian menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) adalah antara usaha kerajaan dalam menangani isu keterjaminan makanan negara. “Kebergantungan import kita masih tinggi, nilai import untuk tahun 2021 adalah RM63.6 billion dan angka ini meningkat kepada RM75.6 billon pada 2022. Ini menunjukkan permintaan semakin tinggi dan trend pemakanan telah berubah. “Apabila perkara ini tidak ditangani maka keterjaminan negara tergugat. Maka, apa yang kita ingin capai untuk KSP RMK12 menerusi HGHV ini adalah untuk tingkatkan ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan makanan dan kemampanan sektor industri pertanian,” katanya. Sebagai tambahan, Intergrated Pest Management (IPM) ialah pendekatan menyeluruh dan mampan untuk kawalan perosak yang menekankan penggunaan pelbagai teknik untuk mencegah dan mengurus serangga perosak secara berkesan. Ia menggunakan gabungan langkah kawalan budaya, biologi, kimia dan genetik untuk mengekalkan populasi perosak pada tahap yang boleh diterima sambil meminimumkan potensi risiko kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kawalan biologi adalah satu lagi elemen penting IPM, menggunakan musuh semula jadi perosak untuk mengawal populasi mereka. Musuh semulajadi ini boleh termasuk pemangsa, parasit, dan patogen. Dengan menggalakkan kehadiran dan aktiviti organisma berfaedah melalui kepelbagaian habitat dan pemuliharaan habitat semula jadi, petani boleh menguruskan populasi perosak dengan berkesan tanpa bergantung kepada racun kimia.

ABS Greentech jalin kerjasama strategik tingkat sektor pertanian pintar dan keterjaminan makanan Read More »

Negara kerugian RM10 bilion angkara serangan perosak, penyakit invasif – MAFI [METROTV]

Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) merekodkan negara kerugian hampir RM10 bilion dalam tempoh lima tahun ini berikutan serangan perosak dan penyakit invasif ke atas bukan sahaja hasil tanaman malah perdagangan berkaitan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, dengan keadaan semasa ekonomi dunia yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pastinya negara tidak mahu kehilangan hasil pertanian akibat ketidakboleh pasaran atau kemusnahan hasil pertanian. Beliau berkata, akibat serangan serangga perosak dan penyakit invasif itu akan memburukkan lagi keadaan ekonomi semasa jika tidak ditangani. “Berdasarkan kepada maklumat terkini daripada pihak Food and Agriculture Organization (FAO), perosak dan penyakit tanaman sudah mengakibatkan kerugian ketara hasil tanaman makanan sebanyak 20 hingga 40 peratus. “Selain itu, ia turut mencatatkan kerugian dalam perdagangan produk pertanian dunia melebihi AS$220 bilion atau bersamaan dengan hampir RM1 trilion,” katanya dalam ucapan sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara ABS Greentech Sdn Bhd bersama syarikat agro-teknologi antarabangsa iaitu Lentiz Education Group, Priva Horticulture, Powerplants Australia dan Rijk Zwaan, di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Menteri Mafi I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Zahimi Hassan, Ketua Pengarah Eksekutif ABS Greentech Sdn Bhd, R M Ravichandar dan Timbalan Presiden Priva Horticulture B V, Bram Koppert. Ronald berkata, beliau difahamkan pemain industri itu adalah antara yang terkenal dalam bidang pertanian moden peringkat antarabangsa yang bersedia berkongsi pengalaman dan pendekatan negara dalam terus membangunkan serta menggalakkan penggunaan teknologi yang sesuai. “Ini khususnya dalam Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk meningkatkan pemahaman mengenai kemampanan sistem dan teknologi pertanian. IPM juga antara kriteria dalam pensijilan amalan pertanian baik (myGAP) untuk menjamin kualiti dan keselamatan produk pertanian yang dihasilkan. “Saya percaya, kepakaran dan teknologi yang diperkenalkan daripada kerjasama ini akan lebih menggalakkan lagi penggunaan inovasi dalam sektor pertanian negara. Seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil pertanian serta mewujudkan peluang pasaran baru bagi hasil pertanian Malaysia,” katanya. Beliau berkata, pemeteraian MoU itu adalah antara usaha berterusan MAFI dalam menambah baik program pengurusan perosak tanaman yang adalah satu daripada bidang tumpuan utama di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0) ke arah memastikan sekuriti dan keselamatan makanan negara. Menurutnya, melalui kerjasama itu, usahawan khususnya petani muda akan diberi latihan jangka pendek dalam pengurusan tanaman terutamanya membabitkan penggunaan teknologi terkini bagi aktiviti agronomi dan program pengurusan perosak yang lebih mesra alam, menjimatkan serta selamat untuk biodiversiti. “MAFI sentiasa memberikan sepenuh sokongan bagi inisiatif seumpama ini dan mengharapkan jalinan kerjasama berterusan di antara syarikat, Jabatan Pertanian serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus diperkasa. “Saya yakin dan percaya, majlis hari ini menjadi satu bukti komitmen pihak industri dalam menyokong inisiatif kerajaan dalam melaksanakan pengurusan perosak secara mampan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan demi memperkukuhkan lagi jaminan Sekuriti Makanan Negara,” katanya. Disiarkan pada: March 16, 2022 @ 5:19pm

Negara kerugian RM10 bilion angkara serangan perosak, penyakit invasif – MAFI [METROTV] Read More »

ABS Greentech jalin kerjasama strategik bernilai RM550 juta, tingkat sektor pertanian pintar guna teknologi IPM

Membawa pendekatan baharu dalam sektor pertanian pintar, ABS Greentech Sdn Bhd memperkenalkan teknologi Intergrated Pest Management (IPM) sebagai solusi kepada menggalakkan keterjaminan makanan di Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Eksekutif ABS Greentech Sdn Bhd, R M Ravichandar, sebanyak 11 perjanjian persefahaman (MoU) bernilai RM550 juta dimeterai membabitkan beberapa negara seperti Arab Saudi, Dubai dan Korea Selatan. Ulasnya, Malaysia ketinggalan 15 tahun dalam sektor pertanian berbanding Myanmar dan usaha mengenengahkan teknologi ini secara tidak langsung menggalakkan hasil pertanian selain meningkatkan potensi eksport ke luar negara. “Malaysia ketinggalan dalam sektor pertanian berbanding negara lain kerana kekurangan ilmu  selain dana bagi mendapatkan kemahiran dan teknologi pintar. Atas sebab itu, kami anjurkan Persidangan Asia Smart Farming and Food Security 2023 Event and Exhibition dan melibatkan beberapa negara bagi membincangkan apa yang diperlukan dalam sektor pertanian negara. “Dan kami akan membawa masuk teknologi terbaik menggunakan IPM bagi membantu petani di Malaysia meningkatkan lagi hasil selain mengurangkan penggunaan racun perosak,” jelasnya sewaktu sidang media. Tambah Ravichandar, sektor pertanian merupakan agenda penting dalam pembangunan negara dan seharusnya diberi keutamaan kerana ia antara penyumbang utama ekonomi. “Kekangan yang dihadapi petani kita ialah tiada ilmu asas menyebabkan hasil pertanian tidak berkualiti sehingga sukar dieksport ke negara luar. Harus saya tekankan penggunaan racun perosak yang tiada kawalan menyebabkan hasil pertanian kita tidak diterima terutama di negara maju,” jelasnya lagi. Menurutnya lagi, teknologi IPM merupakan pendekatan menyeluruh untuk kawalan perosak yang menekankan penggunaan pelbagai teknik untuk mencegah dan mengurus serangga perosak secara berkesan. Dana daripada perjanjian ini bertujuan melatih para petani cara pertanian pintar menggunakan teknologi IPM dengan teknik sifar racun perosak dan bahan kimia. Malah ulasnya, petani muda akan diberi ilmu dan praktikal menerusi skim latihan selama enam bulan dan seterusnya memberi fokus kepada pemasaran hasil tanaman ke arah pasaran global.

ABS Greentech jalin kerjasama strategik bernilai RM550 juta, tingkat sektor pertanian pintar guna teknologi IPM Read More »

IOSM FROM VIETNAM EXAMINES MALAYSIA’S SUCCESS IN GRP

Good Regulatory Practices (GRP) is a systematic application of rules, principles, and procedures that governments can utilize to ensure effective, transparent, inclusive regulatory outcomes. It is designed to improve the quality of laws and regulations to create a regulatory environment conducive to economic growth and sustainable development. In a bid to bolster labor productivity and achieve the vision of becoming a developed nation by 2045, the Vietnamese government is exploring the adoption of GRP. Malaysia is a successful example, which has experienced significant economic growth in a more business-friendly environment since it started implementing GRP in 2010. To facilitate the exchange of knowledge and best practices in GRP adoption and related productivity improvement initiatives, an individual-country observational study mission (IOSM) on Productivity Improvement through GRP was hosted by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) in Kuala Lumpur, 20–22 June. Six delegates from Vietnam took part in the mission, where they engaged with two local resource persons and visited a company under the Agro-food Productivity Nexus initiative, ABS Greentech Sdn. Bhd., to observe GRP principles in action. The program included an overview of Malaysia’s productivity, GRP framework, and case studies of regulatory improvement. Key productivity drivers such as technology adoption and digitalization were also discussed as well as future GRP collaborations between Malaysia and Vietnam. This IOSM was a timely follow-up in supporting the government to leverage global best practices for its 2045 vision. The mission aligned with recommendations from the Institutional Capacity Development Plan for the Directorate of Standards, Methodology, and Quality (STAMEQ), the agency responsible for the national productivity movement in Vietnam.

IOSM FROM VIETNAM EXAMINES MALAYSIA’S SUCCESS IN GRP Read More »

Malaysia : MoU signing between international agro-technology companies

On the 16th March 2022, a memorandum of understanding (MoU) between a Malaysian company, ABS Greentech Sdn Bhd and four international agro-technology companies, namely Lentiz Education Group of the Netherlands, Priva Horticulture of the Netherlands, Rijk Zwaan of the Netherlands and Powerplants Australia. Through the MoU, the four international agricultural industry players would share their experience and approaches in developing and encouraging the use of Integrated Pest Management (IPM) for the sustainability of agricultural systems and technologies in Malaysia. The signing ceremony of this memorandum of understanding was witnessed by the Agriculture and Food Industries Minister Datuk Seri Dr Ronald Kiandee and Mrs. Eva Oskam, the Deputy Head of Mission from the Embassy of the Netherlands in Malaysia. According to Minister Datuk Seri Dr Ronald, “Through this cooperation, entrepreneurs especially young farmers will be given short courses in crop management especially involving the use of the latest technology in agronomic activities (practices to improve soil quality, enhance water usage, manage crops, improve the environment) and pest management programs that are more environmentally friendly, economical and safe for our biodiversity,” he said. He was optimistic that the expertise and technology introduced via the cooperation would encourage innovations in the country’s agricultural sector, and improve the quality and productivity of agricultural products thus creating new market opportunities. He added that the country’s vegetable production industry needed to move towards modern technology-based agriculture to reduce production costs. “The young generation of agriculture industry entrepreneurs need to deepen their technology-based agriculture knowledge so that the country’s agricultural sector is more modern which can reduce dependence on other countries,” he told reporters.

Malaysia : MoU signing between international agro-technology companies Read More »